Sunday, 7 August 2016





Railing tangga
      Kami menggunakan kaca untuk railing kaca tempered warna apple green sama macam cermin untuk tingkap..cuma untuk tingkap kami memilih cermin tinted. So ia tidaklah polos n telus cahaya.
     

Wednesday, 3 August 2016

Tool untuk pasang laminate floor.
      Hanya guna gergaji biasa, tukul getah yg dibeli di kedai Mr DIY dengan harga rm7 dan pull bar. Mat salleh guna pull bar. Cari di Mr diy ...tiada. saya cadangkan kat somi guna jer pembaris besi. Tak praktikal juga. Akhirnya pi kat kedai besi..suruh diorg buat pull bar...somi tunjuk gambar kat kedai besi tu. Akhirnya berjayalah pasang sendiri laminate floor.





Gadget to install skirting.

Mula mula guna gergaji biasa. Masalah timbul bila nak potong menyerong. 
Akhirnya...belilah gadget ni dio 
lazada...miter saw RM130




Pemasangan laminated floor
     Pasang sorang diri sahaja. Guna tool yg dibeli di lazada...miter saw. 
     Hubby beli laminated floor di easy floor...jenama easyfloor. Kalau beli Urbana inovar..lagi tebal...n mampat plastiknya...namun harganya agak tinggi. Robina ada di mbj kota bharu, warna pula hubby kata quite dull. 
     Apapun, saya terima aje apa yang dibeli sebabnya kalau saya pergi memilih sendiri mau nyer berhari hari untuk buat keputusan.
      Untuk lapik dalam...ada dua jenis, foam iaitu span busa dan satu lagi rubber or latex. Yg ni rasanya my hubby beli di mbj...
     Pemasangan laminated floor ni agak mudah berbanding pemasangan skirting yang mengambil masa yang panjang untuk memastikan every angle is cut precisely. 
      Kos laminated floor....rubber...nanti kena tanya pembelinya dulu.




Kabinet dapur
Mula mula saya menyuruh tukang rumah menyiapkan kerangka kabinet dengan simen, bata dan besi dengan upah rm500. Pembinaannya dengan mengambil kira ketinggian lantai dapur setelah proses leveling dan pemasangan mozek supaya lantai kabinet nanti tidaklah lebih rendah daripada lantai apabila siap nanti.
Ini perlu diperingatkan kepada tukang. Setelah selesai rangka tersebut tukang kabinet akan pasang kayu frame. Saya membeli kayu seraya.
       Seterusnya, bolehlah tukang mozek memasang mozek lantai dalam kabinet.
        Akhir sekali bolehlah tukang kabinet memasang kabinet bawah dan kabinet atas dengan mengambil kira kedudukan point plug dan suiz.
        Tukang kabinet juga yang akan memasang hood dan hub dapur dan memasang salur asap.