Wednesday 12 September 2018

Assalamualaikum

Lama benar tidak menulis di sini.

Sejak ttinggal rumah sendiri ni...saya belum sempat menghias mana mana ruang..baik ruang keluarga mahupun ruang tamu. Antara sebab utama...susah nak berkenan bila beli perabot. Kalau Ada yg berkenan, harganya masya Allah...diluar tahap kemampuan.

Ruang tamu saya Hanya beli sofa 2 seater Dan 3 seater fella design. Kalau nk ikutkan mmg tidak berkenan mana dgn design dan warna...sebabnya warna kelabu gelap...langsir pula dah siap dgn kelabu gelap...mmg nampak gelap keseluruhan ruang tamu.

Namun kalau tunggu lagi...nanti tetamu datang mmg tiada tempat duduklah kalau Tak dibeli sofa. Akhirnya saya pun belilah juga dengan berat hati.

Setelah sampai sofa Dan meja, saya check lah sofa tersebut...Ada kesan koyakan pada Kain sofa dan ada sedikit kopak pada kayu yang kain sofa yang terkoyak tu. Alahai..geramnyer. Dah lah tambang untuk sofa Dan meja Kita kena bayar sendiri sebanyak rm300...Tiba Tiba sofa yg dihantar koyak pulak..huhuhu.

Maka bermula lah episod komplen mengkomplen ke Fella Design. Diorg janji nk tukar dgn yg lain...tp sehingga kini..hampir setahun masih tak selesai.

Frust lah jugak berurusan dgn fella ni



Thursday 2 February 2017

Inilah katil kayu yang saya tempat di kedai pok wel. Pakcik ni guna kayu meranti yg menurut beliau tidak akan beronar @ bermasalah berbanding guna kayu nyatoh.
      Pok Wel telah lama mengusahakan perabot kayu sejak berusia belasan tahun. Kini beliau berusia 70 tahun lebih dan masih kuat bekerja di bengkel kayu bersama anak anaknya.

Pok Wel sedang menyiapkan katil ke 2 berlaci saiz queen untuk bilik anak perempuan saya.

Friday 18 November 2016

Divider

Saya meletakkan beberapa tiang seraya kitam sebagai divider.
     Divider tersebut dipasang di kawasan menuju ke dapur iaitu untuk membahagikan antara dapur dan ruang makan. Manakala satu lagi saya bercadang untuk diletakkan bersentang dengan pintu bilik mandi. Namun tukang telah tersalah pasang dan diletakkan ditempat lain. Hendak dialih memang tak boleh, melainkan suruh tukang kerat tiang tersebut.

      Sudahnya, terima sahaja dengan dada terbuka.
       Saya mengupah tukang cat untuk mengecat rumah dan menyapu syelek tiang divider tersebut. Masalahnya dia terus menyapu syelek tanpa  'sanding' dahulu. Lebih teruk lagi kawasan berlekuk ditampalnya filler. Memang buruk betul tiang tiang itu.

Thursday 17 November 2016

Wednesday 16 November 2016

Bismillahirrahmanirrahim

Backsplash.

,



Perhatikanworkmanship

In