Thursday 23 June 2016


Assalamualaikum.
Cerita pasal skirting plastik. Hubby pasang sendiri skirting plastik yg berharga RM .... sekaki. Panjang sebatang skirting ialah 8 kaki. Di Easyfloor ada dua jenis skirting...MDF ..skirting habuk kayu yg dimampatkan dan skirting plastik manakala di MBJ Kota Bharu ada dijual skirting hanya skirting MDF...Kami mengambil keputusan utk membeli skirting plastik.



Tuesday 7 June 2016

Assalamualaikum
Bertabah n bersabar. Mahu bina sendiri rumah dengan halangan dan kekangan masa untuk memantau. Itulah yang prinsip yang perlu ada. Akhir sekali redha dan pasrah dengan loopholes yang ada. Sakit hati dan geram tak dapat lari sbb saya perempuan. Haha..
Bermula episod bina rumah dengan ilmu pertukangan zero...ada hati nak pantau kerja tukang.. huhuhu satu episod yang panjang. Takpe bersabarlah.
Cerita
Assalamualaikum
Plan tangga sudah lama dirancang. Pelan tangga yang asal saya tak ikut kerana ia memakan ruang yang banyak. Saya telah berurusan dengan sebuah syarikat tangga dan diorg telah sketch untuk tangga half spiral. Kata diorang tangga tulang naga.
Namun prosesnya terlampau lama..saya dah beberapa kali pergi ke syarikat tersebut untuk improvisekan sketch, namun progress kerja beliau agak lambat sehinggalah saya memutuskan untuk memasang mozek kerana saya. tukang mozek tinggalkan dulu kawasan yang saya akan pasang tangga. Namun begitu, sketch dan progress kerja syarikat akan lembab. Akhirnya saya panggil semula tukang rumah untuk dapatkan idea untuk bina tangga. Walaupun dia hanya tukang kampung, ideanya dan pandangan tuan rumah sendiri membuahkan hasil.
Assalamualaikum,
Kabinet dapur saya upah tukang rumah. Ada dua bahagian..bahagian dapur basah dan bahagian dapur kering aka dining area. Kayu untuk kabinet, saya beli kayu seraya kitam dan kayu lebihan rumah. Dalam kabinet tu saya suruh tukang tiles pasangkan tile supaya tak keluar habuk simen .