11. 11. 12
Saya dan suami ke firma guaman membawa dokumen berkenaan:
1. Pelan rumah asal (bukan salinan tau)-dipegang oleh perbendaharaan nanti.
2. Slip gaji terkini 3 bulan
3. Surat perlantikan perkhidmatan
4. Salinan kad pengenalan suami
5. Salinan kad pengenalan isteri
6. Salinan geran tanah
7. Salinan kad pengenalan pemaju perumahan (kalau ada kontaktor pun boleh ) yang berdaftar dengan SSM .
8. Salinan lesen pemaju perumahan yang berdaftar dengan SSM .
Urusan saya hanya dengan kerani lawyer sahaja (lawyer takde, biasalah tu). Setelah meneliti semua dokumen, kerani meminta tarikh pengesahan dan dan gred gaji terkini. Lebih mudah lagi kalau semuanya diisi terlebih awal dalam borang permohonan pinjaman kerajaan dan cetak maklumat yang telah diisi tersebut , dan diserahkan kepada kerani lawyer. Macam kes saya, sebab terlupa bawa borang, kami e mail ajer ke firma guaman. So jangan lupa minta dengan kerani email firma, ataupun email kerani.
Kerani menerangkan proses kelulusan pinjaman. Selepas siap urusan lawyer, kami diminta untuk membuat surat sokongan majikan. Proses ini senang sahaja, bawa dokumen yang telah disiapkan oleh peguam, serah kepada kerani majikan.
Selain itu, kerani lawyer menerangkan tentang kos penyediaan guaman. Saya terangkan disini kos-kos tersebut:
Sebagai contohnya, pinjaman dan insuran berjumlah RM 292 870.00
Profesional caj yang akan dikenakan adalah seperti berikut:
- 1. Buka fail RM 100.00
- 2. Perjanjian jual beli RM 2928.70
- 3. Perjanjian belian harta RM 292.87
- 4. Borang 16A (Gadaian) dan lampiran RM 292.87
- 5. Cukai perkhidmatan 6% (drp 2,3 dan 4) RM 210.86
Disbursement
1. Stamping surat perjanjian RM 70.00
2. Wang proses RM 100.00
3. Fotostat Pelan Rumah RM 40.00
Miscellaneous
(Bayaran runner) RM 50.00
(Bayaran runner) RM 50.00
Oleh kerana saya telah mengisi borang pinjaman perumahan secara online dan membuat bayaran RM100 ke perbendaharaan, sebelum berjumpa lawyer, maka wang proses RM100 tidak perlu dibayar lagi kepada peguam. Dan bayaran fotostat pelan RM 40 pun dikecualikan kerana saya dah siap bawa 2 salinan pelan rumah ke pejabat peguam. Lagi jimat sebenarnya fotostat sendiri.
Jadi hanya bayaran buka fail dan stamping sahaja yang perlu kita bayar iaitu RM 170. Baki bayaran boleh dibuat apabila mendapat claim nanti.
No comments:
Post a Comment