Sunday, 21 December 2014

Survey Pintu dan Daun Pintu

Proses pembinaan rumah bermula. Perkara yang pertama ialah menggali lubang untuk membuat foot pad iaitu proses membuat kaki untuk diletakkan tiang…lebih kurang begitulah mengikut pemerhatian saya sebagai orang yang tidak pernah melibatkan diri dalam urusan pembinaan.
                 Mengikut tukang proses penggalian 36 lubang melibatkan masa selama sehari, sebuah case telah disewa selama sehari dengan bayaran RM 600. Jika sekiranya proses itu hanya separuh hari, bayaran RM 400 dikenakan.

                Kemudian besi dipasang untuk setiap lubang. Selepas itu kami menelefon ready mix simen untuk dituang kedalam lubang-lubang tersebut. Proses menuang simen tersebut dilakukan oleh kren dengan bayaran RM 600 sehari.

                Hari berikutnya tukang memotong plywood bersaiz 4 hun untuk membuat casing tiang. 

Apabila siap proses membuat tiang tersebut, tukang akan menyiap playwood untuk dibuat beam. Plywood tersebut mestilah yang agak kukuh supaya beam tegak dan cantik. Saya menelefon kedai hardware dan memesan 50 keping plywood bersaiz 4 hun. Ada banyak jenis plywood di kedai hardware dengan harga yang berbeza. Kadang-kadang saiz sama, tetapi mutu berbeza. Ada yang banyak layer dan ada yang kurang. Rasa sayalah, yang banyak layer kurang bermutu sebabnya dia akan pecah dan mengembang bila lama kena lembapan simen. Harga untuk sekeping plywood tersebut RM 48 (mahal di kedai tersebut…terkena…actually ada satu kedai tu saya dapat RM 43…later)

                Sambil tu, kami memesan frame pintu. Kami hanya memilih frame pintu di kedai frame. Pelan rumah ditunjuk kepada tuan kedai pintu dan frame. Beliau akan mengira jumlah frame tingkap, frame pintu utama, frame pintu bilik air, frame sliding door. Semuanya berbeza ukuran. Begitu juga frame corner window( saya pulangkan semula…dan saya juga pulangkan semula frame pintu bilik air…ada cerita disebaliknya…hehehe)

                Tuan kedai (saya tak sebut tokey…sebabnya dia orang Melayu…Haji..) membuat pengiraan jika sekiranya saya menempah menggunakan kayu beliau dan membuat quotation jika sekiranya saya menempah frame dengan menggunakan kayu saya sendiri. Wah…tersangatlah jimatnya jika kita membeli sendiri kayu. Hampir RM 2000 jimat.  Keesokkannya kami menelefon ‘stor’ kayu dan memesan 4 tan kayu kulim dan mereka segera menghantar ke kedai frame.

                Mengapa kayu kulim, tidak cengal. Cengal mengikut tukang gah pada nama…of courselah mahal. Cengal akan keluar getah merah. Jika kita cat putih, nanti akan merah juga kerana aliran getahnya tak akan hilang walaupun bertahun-tahun kita guna. Haa...itu cerita cengal. Itu yang dia kata…saya angkat tangan…surrender…tak tahu…memang zero bab kayu kayan ni.

Tingkap dan pintu daripada kayu seraya kitam, kulim, merawang, mempauh atau nyatoh?

                Proses survey kayu bermula. Mula-mula dapatkan pandangan tukang. Mereka mencadangkan seraya kitam, cengal tidak digalakkan. Kami telah pergi ke kedai seperti BBJ di Kelantan untuk melihat sendiri daun tingkap. Kebanyakan daun tingkap dan pintu dibuat daripada kayu nyatoh. Harga dah lupa…rasanya tidaklah murah.

                Seterusnya singgah di sebuah kedai yang jual pintu, frame pintu dan juga daun tingkap serta pintu aluminium. Di sini kita boleh menempah daun pintu mengikut saiz, bentuk dan kayu yang kita kehendaki. Sound interesting kan!Tapi daun pintu seraya kitam dan daun tingkap seraya kitam tidak dijual atau ditempah. Yang dicadangkan ialah kayu mempauh, selainnya nyatoh.
               
                Apa yang menariknya, mereka boleh supply tukang pasang pintu dan daun pintu. Tukang tersebut akan datang sendiri ke lokasi untuk mengukur saiz tingkap atau pintu. Upahnya RM100 satu daun tingkap kalau tukang Cina, kalau mahu tukang Melayu, upahnya RM 80. Kualiti mereka sama, Cuma tukang melayu agak lambat siap dan tak on time...ermm... boleh dipertimbangkan.

                Seterusnya ke kedai tukang buat pintu…bengkel pintu dan frame di Saujana. Bengkel ini hanya menerima tempahan untuk membuat frame dan pintu atau daun pintu seraya dan cengal. Harganya ialah untuk daun pintu seraya RM 100 dan satu pintu RM 520. Jika pintu utama terdiri daripada dua pintu maka harganya RM 1040. Harga mungkin kurang bergantung kepada reka bentuk dan saiz pintu. Jika mahu ukiran di pintu, harganya RM 1.20 seinci. Tukang akan datang ukur saiz pintu dan daun tingkap selepas dinding rumah di plaster dan lantai di tile. Upah pasang RM 100 satu tingkap. Menarik bukan!

                Lagipun hasil kerja diorang memang halus dan cantik dan tuan kedai memang mudah dibawa berbincang. Pilihan yang ini lagi menarik.

                Satu lagi bengkel besar dan tersohor terletak di Kelantan. Bengkel ‘Wan Daud’. Pekerjanya lebih daripada 50 orang. Bengkel ini menerima tempahan pintu sebarang kayu. Bengkel ini saya tak pergi lagi. Mengikut maklumat kawan-kawan, mungkin bengkel ini tidak akan supply tukang pasang untuk ke lokasi. Bengkel ini menjadi pilihan nombor 2 selepas bengkel di Saujana.


                    Cherish......

6 comments:

  1. assalam..

    kat mana tuan buat pintu rumah dan tingkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kedai... First kedai bengkel kayu kat besut.. Then Saujana bari terengganu.. Wan Khalid last di wan Daud tunjung.. The best is wan khalid di bari trg

      Delete
    2. Frame pintu saya guna kulim.. Tp sebenarnya bagus guna seraya koran sbb kayunyer keras dan senang dikerjakan. Kulim keras tp ia senang merekah bila dipaku.

      Delete
    3. Frame pintu saya guna kulim.. Tp sebenarnya bagus guna seraya koran sbb kayunyer keras dan senang dikerjakan. Kulim keras tp ia senang merekah bila dipaku.

      Delete
  2. kedai wan khalid d bari kat area mane name kedai ape

    ReplyDelete
  3. Rasanya nama kedai wan khalid..ada signboard besar n frame pintu..tp jln jer..

    ReplyDelete