Monday 12 January 2015

Atap GCI Egal


Atap tanah liat...saya memilih atap CGI Egal Series yang berwarna hitam semi glaze. Dalam gambar ....yang tengah.

Sebulan lepas kami ke Kelantan memilih atap, mula mula tengok Monier flat...Cosmopolitan kalau tak silap, kemudian beralih kepada TBF Zen Tiles, Last...Encik Khalid tokey Kedai Drexham Kota Bharu telefon saya yang GCI keluarkan flat roof Egal Series tanah liat.

Kemudian bermulalah episod memilih warna. Warna yang menjadi idaman saya sejak dahulu kala ialah dark grey...Kononnya modern...Warna yang ada hitam dan silver grey untuk semi glaze. Yang lain saya tak berkenan. Sekejap nak warna kelabu...sekejap nak warna hitam, last sekali saya oder warna hitam setelah berhari hari sample atap warna kelabu silver yang diberi oleh Encik Khalid saya belek belek kat rumah, Sample warna hitam takde, yang ada hanya contoh rumah yang guna atap Egal warna hitam. Nasib baiklah Encik Khalid tahan sabar. Hantar wassup gambar atap dan gambar rumah yang guna atap tersebut.

Banglo di Gua Musang yang menggunakan atap GCI Egal warna hitam.



Semalam atap dah sampai, sibuk pulak oder kayu untuk sangkut atap, Atap sampai... kayu pulak tak cukup...Maklumlah banjir, semua tergendala. Tukang pun conti.

Kayu Cengal untuk sangkut atap


3/4 tan kayu cengal saiz 1x2berharga RM2090...sikitnya...



Yang kuning kayu cengal, yang merah kayu kapur. Kayu cengal baru berwarna kuning, dah lama jadi merah, lagi lama jadi hitam.






K Zan kerani sawmill sibuk menguruskan kayu sementara K Wan sibuk di office sawmill.


Hari ini saya membeli kayu bersaiz 1x2 kayu cengal untuk sangkut atap. Di sini (Besut) diorang panggil kayu saiz 1x2 untuk sangkut atap sebagai kayu jeriya. Harga yang ditawarkan kepada saya kayu cengal saiz 1x2 sebanyak setan adalah RM3700. Setelah proses tawar menawar, saya dapat RM3500. Tukang saya estimated hanya sebanyak 3/4 tan diperlukan. Tetapi yang saya dapat hanya 1/2 tan kerana hari kerana hari saya datang ke sawmill, mereka sedang belah kayu kapur. Saya tak nak tunggu lama.

1/4 tan lagi saya beli kayu seraya dari Abid Stor Kayu sahaja. Memang mudah dengan Abid kerana saya hanya hello saja, dia akan hantar kayu keesokkan hari.

Satu perkara lagi, yang bagus tentang sawmill ni, mereka ada kayu cengal reject, hanya RM1 sekaki. Ada banyak longgok kat situ. Cuma kalau rajin marilah pilih untuk dapatkan kayu cengal idaman anda. Hihihi. Bye