Monday 12 January 2015

Kayu Cengal untuk sangkut atap


3/4 tan kayu cengal saiz 1x2berharga RM2090...sikitnya...



Yang kuning kayu cengal, yang merah kayu kapur. Kayu cengal baru berwarna kuning, dah lama jadi merah, lagi lama jadi hitam.






K Zan kerani sawmill sibuk menguruskan kayu sementara K Wan sibuk di office sawmill.


Hari ini saya membeli kayu bersaiz 1x2 kayu cengal untuk sangkut atap. Di sini (Besut) diorang panggil kayu saiz 1x2 untuk sangkut atap sebagai kayu jeriya. Harga yang ditawarkan kepada saya kayu cengal saiz 1x2 sebanyak setan adalah RM3700. Setelah proses tawar menawar, saya dapat RM3500. Tukang saya estimated hanya sebanyak 3/4 tan diperlukan. Tetapi yang saya dapat hanya 1/2 tan kerana hari kerana hari saya datang ke sawmill, mereka sedang belah kayu kapur. Saya tak nak tunggu lama.

1/4 tan lagi saya beli kayu seraya dari Abid Stor Kayu sahaja. Memang mudah dengan Abid kerana saya hanya hello saja, dia akan hantar kayu keesokkan hari.

Satu perkara lagi, yang bagus tentang sawmill ni, mereka ada kayu cengal reject, hanya RM1 sekaki. Ada banyak longgok kat situ. Cuma kalau rajin marilah pilih untuk dapatkan kayu cengal idaman anda. Hihihi. Bye

5 comments:

  1. salam. boleh tanya, kayu ni dibeli dimana? ada contact x?

    ReplyDelete
  2. salam. boleh tanya, kayu ni dibeli dimana? ada contact x?

    ReplyDelete
  3. Terengganu..lokasi gong melilin, apal besut, store kayu pula di kuala besut, area bukit puteri

    ReplyDelete
  4. rumah cenggal full set untuk dijual..24x24 keluasan rumah..call 0145196197

    ReplyDelete