Tuesday 23 December 2014

Misi mencari tanah.

Mencari tanah...

Untuk membina rumah, kita perlulah membeli tanah. Antara kriteria yang yang perlu diambilkira ialah:

1. Lokasi
Dekat dengan tempat kerja of course dapat menjimatkan minyak.
Dekat dengan kejiranan.
Tidaklah jauh di ceruk hutan.

2. Harga
Of course nak yang murah,

3. Tanah bebas dari banjir.
Sebaiknya tinjau kawasan masa musim tengkujuh untuk memastikan tanah yang bakal dibeli tidak banjir.

4.Saiz tanah.
Muat untuk buat rumah idaman kita. Kena tengok luas tanah, panjang dan lebar. Kalau tak nak design, sukar.


Cerita saya mencari tanah...Asalnya saya mencari tanah di kawasan kampung yang sudah ada penduduk asal. Dua tiga tempat saya tinjau, namun tiada yang berkenan di hati. Kemudian saya terbaca iklan Syarikat O...tak pasti..dah lama...huhuhu. Saya hubungi Encik X dan dia membawa kami melihat lokasi tanah yang dijual. Oh...sungguh...sungguh tak berkenan sebabnya jika nak sampai ke lokasi, terpaksa melalui sebuah bukit kecil. Satu lagi dalam ladang getah...rasa macam pekerja estet pulak. 

Proses pencarian berterusan sehinggakan naik fed-up. Kawan-kawan sekerja juga tunjuk kawasan sekitar perumahan mereka. Tapi hati masih lagi belum berpaut. Entahlah.

Pernah satu ketika satu syarikat perumahan offer tanah lot mereka, dengan syarat buat rumah dengan syarikat tersebut. Saya berkenan dengan tanah itu. luasnya 700 meter persegi, dengan harga RM 10 sekaki. Saya hampir nak beli, tapi hati kecil saya masih rasa saya nak bina rumah sendiri tanpa guna kontraktor. Saya batalkan hasrat beli tanah tersebut.

Misi pencarian berhenti seketika...dah naik loya. Fed-up. 

Alhamdulillah, suami terjumpa dengan sahabat lamanya ketika masih di universiti dahulu dan menyatakan hasrat untuk membeli tanah di Besut. Tak sangka dia suggest tanah yang mempunyai hampir semua kriteria yang kami cari (tanah yang saya buat rumah sekarang) . Memang menepati kriteria suami iaitu dekat dengan masjid walaupun tanah itu tidak besar mana...sekangkang kera sahaja. Luas cuma 500 meter persegi. Masa tu tak study betul-betul, panjang dan lebar saiz tanah tu merumitkan saya untuk design rumah idaman saya sekeluarga. Takpelah...redha dengan apa yang ada. Alhamdulillah. Thanks God.

Monday 22 December 2014

Pemilihan atap untuk rumah...Atap Ayara, Monier Cosmopolitan, TBF Zen Tiles, GCI Egal

Saya memilih atap rata ( flat roof) untuk rumah yang sedang dibina. Antara jenama yang ada dalam list saya ialah atap ayara, atap TBF Zen Tiles Series, Atap Monier Cosmopolitan dan yang terkini adalah atap GCI Egal Series.

Flat Roof Ayara diperbuat dari fiber simen, TBF Zen Tiles diperbuat daripada concrete simen begitu juga atap Monier Cosmopolitan. Asalnya saya telah ke Akubig di Kota Bharu untuk menempah atap Ayara, namun setelah meneliti pelan saya yang pitch bumbung 25, saya membatalkan hasrat tersebut. Bayaran sebanyak RM200 sebagai bayaran untuk dapatkan harga potongan pun dikira hangus. 

 Kemudian pilihan saya ialah atap Monier Cosmopolitan yang agak menarik dan mempunyai warna yang saya inginkan. Atap ini datang by package. Kita perlu menyerahkan salinan pelan atap ke pihak kedai dan mereka akan serahkan ke syarikat monier untuk membuat kiraan bilangan atap dan ringe. 

Jenama TBF juga membekalkan atap rata yang amat cantik dengan warna moden yang menarik sesuai dengan konsep moden minimalis yang popular sekarang ini. TBF Zen Tiles Series ini, sungguh sungguh cantik. Cuma materialnya sahaja yang berbeza dengan TBF series lain. TBF terkenal dengan atap clay atau tanah liat yang memang terbukti ketahanannya. Namun Zen Tiles menggunakan concrete cement. 

Akhir sekali GCI Egal Series. Atap tanah liat yang terbukti ketahanannya. Memang cantik, cuma warna dark grey tiada. Aduh! Keliru pula untuk memilih warna silver grey atau pun hitam. Ada lima warna saja iaitu natural, black matte, semi glaze black, semi glaze brown, silver grey.

Wiring Rumah dan poin plug.

Perkembangan rumah saya...sekarang pembinaan rumah dihentikan sementara kerana hujan turun tak berhenti-henti. Tukang sukar buat kerja kerana mereka tidak boleh menggunakan perkakasan pertukangan. Lagipun sesetengah tempat di Besut ni banjir...Bandar Jerteh pun banjir minggu lepas.

Saya meninjau kawasan pembinaan. Buat sedikit overview dan visualise apa yang patut, terutamanya wiring elektrik. Kontraktor wiring saya ambik orang Kuala Terengganu kerana saya tak kenal kontraktor Besut. Semasa berurusan dengan TNB Besut untuk pemasangan meter elektrik sementara, mereka serahkan kepada saya senarai kontraktor elektrik Besut yang berdaftar dengan TNB. Namun kerana tak kenal, saya merasakan sukar untuk berurusan. 

Sebahagian wiring telah dibuat di bahagian dapur...namun tidak memenuhi spesifikasi saya kerana mereka memasang point plug lebih kurang 63 inci dari paras lantai. Agak tinggi, sukar untuk mesang wall cabinet (kabinet gantung) nanti. Sepatutnya ini tidak berlaku kerana saya telah memesan mereka supaya tidak membuat wiring bahagian dapur dahulu kerana dapur memrlukan plug point yang banyak dan susun atur yang teliti. Oleh kerana rumah bina sendiri perlulah saya visualize by myself dapur saya dan study sikit-sikit. Kalau banyak lagi bagus supaya tidaklah berlaku renovation nanti. Kat sini saya adalah panduan untuk membuat meletakkan point plug yang saya google.

Plug point hanya 42 inci dari paras lantai. Perlu diingatkan kalau belum pasang mozek 2 inci perlu ditambah. Ok.

Dalam masa yang saya perlu buat catatan perkakasan elektrik apa yang akan digunakan di dapur dan di mana akan diletakkan. Contohnya periuk nasi, elektrik boiler, blender, mixer (kalau selalu buat kek, bagus buat satu counter for baking, bar counter pun boleh), oven, microvave, toaster...what so ever. Kalau jenis yang suka pasang radio kat dapur...kena ada plug juga. Kalau yang suka charge telefon kat dapur...haaa pasang plug yer.

Diagram kat bawah tunjuk counter top perlu setinggi 36 inci, kalau yang tinggi lampai bagus ukuran begitu. Kalau badan saiz biasa rasanya tinggi counter top 33 inci sudah mencukupi. Apa pun terpulang pada cita rasa masing masing. Saya senang ajer tinggi counter top separas pusat. Itu ideal bagi saya. Perlu diingatkan juga kedalaman sink juga kena tengok. Kalau counter top rendah, beli sink tora stainless 304 yang dalam, susah juga tu, nanti terbongkok-bongkok.

Ok. That's all.



Sunday 21 December 2014

Meter Air

11.4.2014

Proses memasang meter paip. Upah sebanyak RM150 (kalau tak silap sebab dah lama)
serah salinan IC , bil air jiran terdekat, salinan geran pelan tanah (geran yang ada lokasi) kepada kontraktor air.(maaf tak pasti betul tak istilah...update semula yer).





Survey Pintu dan Daun Pintu

Proses pembinaan rumah bermula. Perkara yang pertama ialah menggali lubang untuk membuat foot pad iaitu proses membuat kaki untuk diletakkan tiang…lebih kurang begitulah mengikut pemerhatian saya sebagai orang yang tidak pernah melibatkan diri dalam urusan pembinaan.
                 Mengikut tukang proses penggalian 36 lubang melibatkan masa selama sehari, sebuah case telah disewa selama sehari dengan bayaran RM 600. Jika sekiranya proses itu hanya separuh hari, bayaran RM 400 dikenakan.

                Kemudian besi dipasang untuk setiap lubang. Selepas itu kami menelefon ready mix simen untuk dituang kedalam lubang-lubang tersebut. Proses menuang simen tersebut dilakukan oleh kren dengan bayaran RM 600 sehari.

                Hari berikutnya tukang memotong plywood bersaiz 4 hun untuk membuat casing tiang. 

Apabila siap proses membuat tiang tersebut, tukang akan menyiap playwood untuk dibuat beam. Plywood tersebut mestilah yang agak kukuh supaya beam tegak dan cantik. Saya menelefon kedai hardware dan memesan 50 keping plywood bersaiz 4 hun. Ada banyak jenis plywood di kedai hardware dengan harga yang berbeza. Kadang-kadang saiz sama, tetapi mutu berbeza. Ada yang banyak layer dan ada yang kurang. Rasa sayalah, yang banyak layer kurang bermutu sebabnya dia akan pecah dan mengembang bila lama kena lembapan simen. Harga untuk sekeping plywood tersebut RM 48 (mahal di kedai tersebut…terkena…actually ada satu kedai tu saya dapat RM 43…later)

                Sambil tu, kami memesan frame pintu. Kami hanya memilih frame pintu di kedai frame. Pelan rumah ditunjuk kepada tuan kedai pintu dan frame. Beliau akan mengira jumlah frame tingkap, frame pintu utama, frame pintu bilik air, frame sliding door. Semuanya berbeza ukuran. Begitu juga frame corner window( saya pulangkan semula…dan saya juga pulangkan semula frame pintu bilik air…ada cerita disebaliknya…hehehe)

                Tuan kedai (saya tak sebut tokey…sebabnya dia orang Melayu…Haji..) membuat pengiraan jika sekiranya saya menempah menggunakan kayu beliau dan membuat quotation jika sekiranya saya menempah frame dengan menggunakan kayu saya sendiri. Wah…tersangatlah jimatnya jika kita membeli sendiri kayu. Hampir RM 2000 jimat.  Keesokkannya kami menelefon ‘stor’ kayu dan memesan 4 tan kayu kulim dan mereka segera menghantar ke kedai frame.

                Mengapa kayu kulim, tidak cengal. Cengal mengikut tukang gah pada nama…of courselah mahal. Cengal akan keluar getah merah. Jika kita cat putih, nanti akan merah juga kerana aliran getahnya tak akan hilang walaupun bertahun-tahun kita guna. Haa...itu cerita cengal. Itu yang dia kata…saya angkat tangan…surrender…tak tahu…memang zero bab kayu kayan ni.

Tingkap dan pintu daripada kayu seraya kitam, kulim, merawang, mempauh atau nyatoh?

                Proses survey kayu bermula. Mula-mula dapatkan pandangan tukang. Mereka mencadangkan seraya kitam, cengal tidak digalakkan. Kami telah pergi ke kedai seperti BBJ di Kelantan untuk melihat sendiri daun tingkap. Kebanyakan daun tingkap dan pintu dibuat daripada kayu nyatoh. Harga dah lupa…rasanya tidaklah murah.

                Seterusnya singgah di sebuah kedai yang jual pintu, frame pintu dan juga daun tingkap serta pintu aluminium. Di sini kita boleh menempah daun pintu mengikut saiz, bentuk dan kayu yang kita kehendaki. Sound interesting kan!Tapi daun pintu seraya kitam dan daun tingkap seraya kitam tidak dijual atau ditempah. Yang dicadangkan ialah kayu mempauh, selainnya nyatoh.
               
                Apa yang menariknya, mereka boleh supply tukang pasang pintu dan daun pintu. Tukang tersebut akan datang sendiri ke lokasi untuk mengukur saiz tingkap atau pintu. Upahnya RM100 satu daun tingkap kalau tukang Cina, kalau mahu tukang Melayu, upahnya RM 80. Kualiti mereka sama, Cuma tukang melayu agak lambat siap dan tak on time...ermm... boleh dipertimbangkan.

                Seterusnya ke kedai tukang buat pintu…bengkel pintu dan frame di Saujana. Bengkel ini hanya menerima tempahan untuk membuat frame dan pintu atau daun pintu seraya dan cengal. Harganya ialah untuk daun pintu seraya RM 100 dan satu pintu RM 520. Jika pintu utama terdiri daripada dua pintu maka harganya RM 1040. Harga mungkin kurang bergantung kepada reka bentuk dan saiz pintu. Jika mahu ukiran di pintu, harganya RM 1.20 seinci. Tukang akan datang ukur saiz pintu dan daun tingkap selepas dinding rumah di plaster dan lantai di tile. Upah pasang RM 100 satu tingkap. Menarik bukan!

                Lagipun hasil kerja diorang memang halus dan cantik dan tuan kedai memang mudah dibawa berbincang. Pilihan yang ini lagi menarik.

                Satu lagi bengkel besar dan tersohor terletak di Kelantan. Bengkel ‘Wan Daud’. Pekerjanya lebih daripada 50 orang. Bengkel ini menerima tempahan pintu sebarang kayu. Bengkel ini saya tak pergi lagi. Mengikut maklumat kawan-kawan, mungkin bengkel ini tidak akan supply tukang pasang untuk ke lokasi. Bengkel ini menjadi pilihan nombor 2 selepas bengkel di Saujana.


                    Cherish......

Urusan Guaman

17. 11. 2013
Ke pejabat peguam untuk membayar  RM170 untuk kos stamping dan buka fail. Kerani memaklumkan bahawa dokumen telah dihantar ke bahagian jabatan penilai dan akan mengambil masa sebulan setengah untuk diluluskan

Dokumen Pinjaman

Hari rabu – 14.11.2013

Sign Kt majikan dan sain kontraktor
Hantar ke lawyer semula
-cc majikan tertinggal cop and sign


Sabtu malam 25. 11. 2013
Singgah di Wakaf tengah untuk ambil pelan RC daripada pelukis pelan.

Hari ahad 26. 11. 2013
Hantar semula ke majikan borang yang tertinggal untuk ditandatangan semula.
Petang insya Allah ke pejabat peguam


Pinjaman Perumahan Lulus

27. 1. 2014

Pinjaman perumahan telah diluluskan.

Pinjaman Perumahan dan Kos Guaman


11. 11. 12

Saya dan suami ke firma guaman  membawa dokumen berkenaan:

1.       Pelan rumah asal (bukan salinan tau)-dipegang oleh perbendaharaan nanti.
2.       Slip gaji terkini 3 bulan
3.       Surat perlantikan perkhidmatan
4.       Salinan kad pengenalan suami
5.       Salinan kad pengenalan isteri
6.       Salinan geran tanah
7.       Salinan kad pengenalan pemaju perumahan (kalau ada kontaktor pun boleh ) yang berdaftar dengan SSM .
8.       Salinan lesen pemaju perumahan yang berdaftar dengan SSM .

Urusan saya hanya dengan kerani lawyer sahaja (lawyer takde, biasalah tu). Setelah meneliti semua dokumen, kerani meminta tarikh pengesahan dan dan gred gaji terkini. Lebih mudah lagi kalau semuanya diisi terlebih awal dalam borang permohonan pinjaman kerajaan dan cetak maklumat yang telah diisi tersebut , dan diserahkan kepada kerani lawyer. Macam kes saya, sebab terlupa bawa borang, kami e mail ajer ke firma guaman. So jangan lupa minta dengan kerani email firma, ataupun email kerani.

Kerani menerangkan proses  kelulusan pinjaman. Selepas siap urusan lawyer, kami diminta untuk membuat surat sokongan majikan. Proses ini senang sahaja, bawa dokumen yang telah disiapkan oleh peguam, serah kepada kerani majikan.

Selain itu, kerani lawyer menerangkan tentang kos penyediaan guaman. Saya terangkan disini kos-kos tersebut:

Sebagai contohnya, pinjaman dan insuran berjumlah                      RM 292 870.00

Profesional caj yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

  • 1.       Buka fail                                                                                      RM   100.00
  • 2.       Perjanjian jual beli                                                                 RM 2928.70
  • 3.       Perjanjian belian harta                                                         RM   292.87
  • 4.       Borang 16A (Gadaian) dan lampiran                               RM   292.87
  • 5.       Cukai perkhidmatan 6% (drp 2,3 dan 4)                        RM   210.86

Disbursement
1.       Stamping surat perjanjian                                                                 RM     70.00
2.       Wang proses                                                                                           RM   100.00
3.       Fotostat Pelan Rumah                                                                        RM     40.00

Miscellaneous
    (Bayaran runner)                                                                                               RM     50.00

Oleh kerana saya telah mengisi borang pinjaman perumahan secara online dan membuat bayaran RM100 ke perbendaharaan,  sebelum berjumpa lawyer, maka wang proses RM100 tidak perlu dibayar lagi kepada peguam. Dan bayaran fotostat pelan RM 40 pun dikecualikan kerana saya dah siap bawa 2 salinan pelan rumah ke pejabat peguam. Lagi jimat sebenarnya fotostat sendiri.

Jadi hanya bayaran buka fail dan stamping sahaja yang perlu kita bayar iaitu RM 170. Baki bayaran boleh dibuat apabila mendapat claim nanti.

Pinjaman Perumahan

Pinjaman Perumahan

6. 11. 2013
Mula menelefon lawyer untuk buat pinjaman perumahan.  Dokumen yang perlu di sediakan kepada lawyer adalah seperti berikut

1.       Slip gaji suami dan isteri pemohon
2.       Salinan geran tanah
3.       Salinan pelan bersaiz besar
4.       Lesen kontraktor


Usah risau, sekiranya tiada lesen kontraktor, cuba tanya lawyer. Biasanya lawyer ada sediakan lesen kontraktornya sendiri. Bayaran yang dikenakan adalah RM1 sekaki.

Kelulusan Pelan: Part 2

Pelan rumah telah lulus

2. 10. 2013
Pelan rumah telah diluluskan.

Alhamdulillah proses ke arah pembinaan rumah sendiri berjalan lancar.
Blue print pelan rumah telah ditandatangani pada bulan 8 sebelum hari raya puasa. Pelukis pelan memaklumkan pada pertengahan bulan  10 pelan rumah akan kami terima.

Namun, 2 malam lepas saya terbaca tentang OSC yang menyatakan proses kelulusan pelan rumah mengambil masa hanya 37 hari sahaja. Jadi saya mesej pelukis pelan untuk mendapatkan jenis permohonan saya dan no rujukan pelan sebagaimana syarat dalam OSC. 


Eh…tak sempat online OSC, pelukis pelan dah telefon yang dia telah terima surat kelulusan tersebut dan pelan boleh diambil selepas 14 hari dari tarikh kelulusan di Majlis Daerah Besut. Alhamdulillah.

Kelulusan Pelan Rumah

Pelan rumah

22. 10. 2013

Pelan telah siap.

Setelah menunggu 14 hari dari surat kelulusan pelan, saya telah mengambil pelan di Majlis Daerah Besut. Pengambilan pelan diurus sendiri tanpa melibatkan pelukis pelan kerana saya tinggal di Besut manakala pelukis pelan tinggal di Kuala Terengganu.
Bayaran sebanyak RM150 dikenakan untuk sumbangan Majlis (saya tidak tahu untuk apa sumbangan tersebut perlu dibuat) dan RM120 untuk papan tanda projek yang akan dipasang di tapak projek buat rumah nanti (agak mahal tu, maklumlah majlis pun berniaga…) Bayaran yang berjumlah RM270 akan dipotong daripada keseluruhan jumlah bayaran yang yang telah dibuat dan akan dibuat kepada pelukis pelan.

Papan tanda boleh diambil dari Majlis Daerah selepas 14 hari`

Perjanjian Lisan Dengan Tukang

Perjanjian lisan dengan tukang rumah

2.10.2013
Perjumpaan kedua.
Proses bertunang…
Setelah berfikir panjang kami mengambil keputusan untuk membuat perjanjian lisan  untuk mengambil tukang tersebut untuk membina rumah kami dengan harga RM20 sekaki untuk tingkat bawah dan RM24 sekaki untuk tingkat atas. Tambahan  RM1 adalah disebabkan oleh jarak rumah yang akan dibina agak jauh daripada tempat tinggal tukang.

Selain itu, bayaran tersebut tidak merangkumi pemasangan mozek, frame pintu, syiling kapur, main hole.

Jumpa Tukang :Part 2

27. 9. 2013

Proses merisik bermula.

Seperti yang dijanjikan saya dan suami telah berjumpa tukang. Kami telah disambut baik. Beliau menceritakan tentang projek terkini dan pembinaan rumah-rumah sebelum ini. 

Daripada perjumpaan kami, dapat disimpulkan:
  • Upah buat rumah adalah RM 20 sekaki dan untuk tingkat atas RM23.
  • Bayaran upah adalah dalam bentuk mingguan iaitu lebih kurang RM2000 seminggu bergantung kepada bilangan tukang yang bekerja.
  • Proses pembinaan mengambil masa setahun.



Setelah menyatakan yang kami bercadang untuk membina rumah pada bulan 3 tahun 2014, beliau bersetuju untuk membina rumah kami. 

Jumpa Tukang

27. 10. 2013
Berjumpa kepala tukang.

Mencari Tukang

25. 9.2013

Mendapatkan no telefon ‘kepala tukang’.

 ‘Kepala tukang tersebut telah di ‘recommeded’ oleh seorang ustazah yang juga telah menggunakan khidmat tukang tersebut. Menurut beliau, tukang tersebut boleh dipercayai, jujur, dan berkemahiran.
Saya menelefon ‘kepala tukang’ untuk sekadar  berjumpa dan sekadar mengenal ‘muka’  ‘kepala tukang tersebut bukannya untuk terus berjanji mengambil beliau membina rumah saya.
Saya menelefon. Beliau bertanya apa urusan saya. Urusan nak bina rumah ke?
Ya…(Dalam hati, tak, sekadar nak jumpa jer…aduh, kantoi) Bila nak bina rumah…Awal tahun depan, selepas musim hujan…Kalau macam tu, tak boleh, sekarang saya sedang bina sebuah rumah, tahun depan saya dah janji dengan orang nak bina satu rumah, Saya ni jenis yang buat rumah satu, satu, lepas siap satu, baru saya boleh janji dengan orang, bimbang saya tak sempat buat…
Kalau begitu takpelah, saya nak jumpa jer, sekadarr nak tanya berkenaan proses bina rumah, tak boleh ke…

Boleh, boleh.
Alhamdulillah…lega. Dah dapat green light dari kepala tukang untuk berjumpa.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan lafaz yang mulia ini saya membuka blog CERITAKU. Blog ini sekadar catatan yang berlaku di sekelilingku.